Perintah kawalan Pergerakan – ketahui hak anda

Perintah kawalan Pergerakan – ketahui hak anda

Penguatkuasaan perintah kawalan Pergerakan (pkp) : ketahui hak anda (soalan lazim) terbitan

Penguatkuasaan PKP sering dilaporkan dalam berita dan media massa berikutan ramai individu yang telah ditahan oleh pihak polis kerana melanggar PKP serta dituduh di Mahkamah. Ramai rakyat Malaysia tidak mengetahui hak mereka apabila ditahan polis mahupun setelah dituduh di Mahkamah. Penulisan ini merupakan soalan yang sering ditanya oleh orang ramai mengenai penguatkuasaan PKP :

 

S1. Apa perlu kamu buat setelah dihenti oleh pihak polis semasa sekatan jalan raya semasa PKP?

Sila bertenang dan menjawab soalan yang ditanya oleh anggota polis secara sopan dan sekiranya diperlu memaklumkan sebab anda melakukan perjalanan keluar rumah. Sila tunjukkan dokumen sokongan (surat daripada majikan atau surat kebenaran dari polis sekiranya ada). Anda berhak mengetahui sekiranya anda ditahan dan sebab ditahan.

 

S2. Adakah pihak polis boleh menahan anda dibawah undang-undang ?

Boleh. Polis boleh menahan anda sekiranya anda disyaki melakukan kesalahan yang boleh ditangkap. Pihak polis juga boleh menahan anda berdasarkan maklumat yang diperolehi bahawa anda telah melanggar PKP. Anda seharusnya memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk mengelakkan anda dituduh menghalang polis melakukan tugas.

 

 

 


 

Kesalahan yang boleh ditangkap ?

S3. Apa itu kesalahan yang boleh ditangkap?

Kesalahan yang boleh ditangkap adalah satu kesalahan di mana seseorang boleh ditangkap tanpa waran Majistret. Senarai kesalahan yang boleh ditangkap adalah seperti mana yang terkandung dalam Seksyen 2(1) dan Jadual Pertama Kanun Tatacara Jenayah.

Contoh kesalahan yang boleh ditangkap berkaitan dengan penguatkuasaan PKP adalah seperti berikut :

  1. Seksyen 186 Kanun Keseksaan (Menghalang penjawat awam melaksanakan tugasnya);
  2. Seksyen 269 Kanun Keseksaan (Kecuaian yang boleh merebakkan jangkitan dan membahayakan nyawa) ; dan
  3. Lain-lain kesalahan yang boleh ditangkap berkaitan dengan perlaksanaan PKP.*Nota : Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan kesalahan dibawahnya bukan kesalahan yang boleh ditangkap. Ramai tertuduh ditahan dibawah lain-lain kesalahan yang boleh ditangkap kemudian dituduh dibawah peraturan 2020 yang bukan satu kesalahan yang boleh ditangkap.

 

S4. Bagaimana anda tahu bahawa anda telah ditangkap ?

Polis lazimnya akan memaklumkan secara lisan kepada anda sekiranya ditangkap. Sekiranya anda dihalang daripada meninggalkan kawasan tersebut sama ada dengan paksaan atau secara lisan maka wujudnya kemungkinan anda ditahan walaupun polis tidak memaklumkan kepada anda. Tanda-tanda lain untuk menandakan anda ditahan dalah penggunaan gari tangan oleh polis.

 

S5. Apakah hak anda apabila ditangkap oleh polis ?

Anda berhak untuk mengetahui sebab anda ditahan dan peruntukan undangundang anda ditahan dibawah. Anda berhak membuat panggilan telefon kepada ahli keluarga atau kawan. Anda juga berhak menghubungi pengamal undangundang (peguam) pilihan anda.

*Nota : Jangan menandatangani apa-apa borang pengisytiharan bahawa anda telah melaksanakan hak anda di atas sebelum anda berkesempatan berbuat demikian. Anda seharusnya merekodkan segala penyalahgunaan kuasa pihak polis yang disaksikan oleh anda.

 

S6. Berapa lama anda boleh ditahan?

Anda boleh ditaham selama 24 jam untuk membantu siasatan polis. Kemudian anda sama ada akan dilepaskan atau dibawah ke Mahkamah untuk tujuan permohonan reman untuk menahan anda lebih lanjut. Anda mungkin dituduh di Mahkamah selepas ditahan 24 jam.

Mengenai permohonan reman, bagi kesalahan yang membawa hukuman penjara kurang daripada 14 tahun, anda boleh direman selama 4 hari bagi permohonan pertama dan 3 hari lagi untuk permohonan kali kedua.

Bagi kesalahan yang membawa hukuman penjara lebih daripada 14 tahun, anda boleh direman selama 7 hari bagi permohonan pertama dan 7 hari lagi untuk permohonan kali kedua.

*Nota : Tempoh tahanan berbeza untuk warganegara asing kerana tertakluk kepada Akta Imigresen 1959/63 yang memberi kuasa kepada polis untuk menahan anda sehingga 14 hari sebelum di bawah ke Majistret.

 

 


 

SIASATAN POLIS ?

S7. Apa yang akan berlaku semasa siasatan polis ?

Polis akan memanggil anda untuk merakam keterangan bertulis yang dikenali sebagai pernyataan 112. Pernyataan tersebut digunakan untuk membantu siasatan polis mengenai aduan kesalahan jenayah. Perakaman percakapan ini boleh dilakukan dengan cepat dan sekiranya tidak dapat disiapkan dalam masa 24 jam pihak polis yang ingin menahan seseorang lebih lanjut perlu mendapatkan perintah reman daripada Mahkamah. Polis perlu menjawab mengapa masa yang lebih lanjut diperlukan berbuat demikian dan kenapa lewat dalam merakam percakapan dan menutup siasatan.

Kes dibawah PKP adalah terus terang dan siasatan tidak perlu memakan masa yang panjang. Cap jari serta gambar boleh dibuat dalam masa 24 jam.

 

S8. Apa akan berlaku sekiranya anda dituduh di Mahkamah ?

Kamu perlu memilih untuk membicarakan kes anda (tidak mengaku salah) atau mengaku salah (menerima sabitan dan hukuman). Kertas pertuduhan akan dibacakan dan perlu difahami oleh anda dalam Bahasa yang difahami pilihan anda.

 

S9. Apa akan berlaku sekiranya anda mengaku salah ?

Kamu akan disabitkan untuk kesalahan dan dikenakan hukuman berasaskan undang-undang sedia ada. Bagi kes berkaitan dengan penguatkuasaan PKP, hukumannya merupakan denda atau hukuman penjara atau kedua-dua sekali bergantung kepada jenis kesalahan.

 

 

 


 

BOLEHKAH ANDA MELAWAN KES DI MAHKAMAH ?

S10. Apa yang perlu dibuat oleh anda sekiranya anda dituduh untuk kesalahan berkaitan dengan PKP ?

Lazimnya kesalahan mengenai PKP adalah kesalahan yang boleh dijamin. Sebagai contoh, Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (LangkahLangkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan (Kecuaian yang boleh merebakkan jangkitan dan membahayakan nyawa). Justeru anda berhak untuk dijamin dan jaminan yang dikenakan tidak boleh terlalu tinggi dan melampau.

Hanya pertuduhan dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan (Menghalang penjawat awam melaksanakan tugasnya) merupakan kesalahan yang tidak boleh dijamin maka tertakluk kepada budi bicara Mahkamah untuk membenarkan jaminan dengan syarat-syarat lain dikenakan.

Kamu perlu membela diri dalam perbicaraan kelak di mana tarikhnya akan ditetapkan oleh Mahkamah setelah pihak pendakwaan memberikan kamu kesemua dokumen berkaitan pertuduhan terhadap kamu.

 

 


 

BOLEHKAH SAYA MEMBAYAR DENDA DAN MELEPASKAN DIRI DENGAN MUDAH ?

S11. Bolehkah saya melepaskan diri dengan membayar denda ?

Perkembangan terkini telah membolehkan kompaun ke atas kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (LangkahLangkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Sekiranya anda didapati melakukan kesalahan dibawah peraturan tersebut anda boleh diberi peluang membayar kompaun RM1,000.00. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan anda dituduh di Mahkamah.

Wujudnya ketidakselarian dalam penguatkuasaan PKP dimana budi bicara untuk mengenakan kompaun ataupun tangkapan dibuat oleh pihak polis sebagai langkah mencegah orang ramai keluar rumah tanpa alasan. Perkara ini menyebabkan keskes tangkapan dan pertuduhan perlanggaran PKP semakin banyak.

Untuk lain-lain kesalahan yang tidak berkaitan dengan peraturan di atas, kompaun mungkin tidak diberikan.

 

 

 

 

Untuk pertanyaan mengenai
Penulisan ini sila rujuk dibawah :

Messrs. Jeeva Partnership
En. Jeevaretnam di jeeva@jeevaretnam.com.my
En. Vince Tan di vincetan@jeevaretnam.com.my

No Comments

Post A Comment